Sila Klik...

Monday, September 19, 2011

Amni dah 5 bulan.....

 cantik x saya pakai tudung......

 bersiap nk pergi jalan with ummi dan walid....
 Di pantai ni........seronok amni main pasir waktu ni.....

test baju........

di pagi raya yang ceria


Bersama Adik iparku dan anak saudaraku.....


Thursday, April 21, 2011

anakku Sayang

Ni adalah orang baru dalam hidupku
dia juga la penyeri hidupku bersama suami tercinta


saat baru melihat dunia ini........Nur Amni Syibrah....Seberat 4.2 kg...


Ni waktu berjaga malam ni......ummi tangkap la gambar......


Senyum la dik.....ummi sayang adik....

Saturday, March 19, 2011

Kata2 Membangun...





Hari Guru 2010



Ni la sambutan hari Guru yang paling seronok......aktiviti dengan pelajar.........



 ni la 5 orang guru yang menyertai dalam pertandingan makeupkan guru....cuba teka...saper pemenangnya...hehehehe....

 Pelajar lelaki plak buat kat dewan bawah....ni main kerusi beracun ni.......seronoknyer mereka....



jenjejeng......ni la pemenangnya......the winner....hehehe..cantik x pakaian ku ini.....

Di Sekolah

Ni la Sekolahku...Pejam celik dah 5 tahun menjadi guru di 
sini.........Di sinilah perjalanan hidup ku.....




ni la tempat dudukku.....kemas x?


bilik guru muallimah ader dua..ni adalah salah satunya... 



Perjalan Waktu cuti ku.....

Minggu ni minggu yang paling penat……biasalah cuti sekolah jer aku mesti masuk kelas…….walau macam mana pun ia tetap seronok………….


Bersama kak yati ni......


ni Mizaliza dan Ecah....
ni masa boring2 dalam kuliah....pensyarah belum sampai lagi........kelas kami la paling ramai....aku mengambil kursus dalam bidangPerguruan Pengajian islam...kiranya semua kat sini para-para ustazah la.......hehehe....

Tuesday, February 22, 2011

Sudah bersediakah Kita untuk Mati??




Ada banyak perkara dan dalam banyak situasi yang menyebabkan anggota kita berbuat dosa. Kita sendiri pun dah tahu tapi masih kita buat juga kerana nafsu mengatasi akal. Iblis ketawa. Jika itulah kita, maka eloklah kita berdoa mohon Allah panjangkan umur, beribadat dan mula menjaga anggota badan kita. Mudah2an suatu waktu yang terdekat ini kita dapat merasakan Allah telah mengasihi kita.
Ketika itu  mungkin kita dapat menjawab 
" Ya, saya memang dah bersedia untuk mati" .

Diriku & Suami......

Aku dan Suami tercinta............


Sewaktu persandinganku…Di kuantan Pahang……Romantik gitu…………

Di kampong Suami.... masa ni……Kat tepi pantai……




Ni masa hanoymoon la………


Waktu-waktu mustajab untuk berdoa...

1.      Ketika hujan.
2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4.      Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.      Ketika sujud dalam solat.
7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9.      Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Tanda-tanda Hati kita MATI


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.


Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.




Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.



Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).


Firman Allah:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨) 


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. 
(Al-Rad, Ayat 28) 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."


Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣) 


"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."



Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."


Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.



Monday, February 21, 2011

AIR DALAM BOTOL PLASTIK KAT KERETA JANGAN MINUM


Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia .

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati,dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.
__._,_.___

coKe

sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!


Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.


Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!


Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

SIAPAKAH ??????

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.