Sila Klik...

Thursday, May 31, 2012


Merenung Sejenak.....

Di kala aku sedih sangat, automatik aku mencari Allah. Aku ingat balik Allah. Aku nak Dia tahu aku sedang bersedih. Hatiku pilu. Perasaanku luka teruk akibat kemalangan dengan musibah yang melanda. Fikiranku kacau. Tidak tenteram aku melihat dunia.

Aku mencari-cari. Di mana harus aku mencari Allah?
Allah......Aku ingin pulang. Pulang kepada-Mu Allah.

Bekas-bekas air mata yang membanjiri di segenap ruang muka ku sapu dengan penuh hiba. Sudah bertahun-tahun aku mengembara untuk menggapai tujuan hidup. Aku mengejar cita-citaku kononnya kerana Allah. Padahal pada masa yang sama aku tidak bawa roh beragama berdamping dengan jasadku.

Aku tidak berkawan dengan Al Quran. Malah aku sibuk mencari teman dan awek.
Aku tidak ziarah masjid. Malah aku rajin melepak kedai makan, shopping complex, atau bilik kawan.
Aku tidak melazimi solat sunat. Malah aku melazimi pelbagai movie dan lagu.

Bila aku berjinak-jinak membersihkan hati, baru aku sedari. Allah tidak ke mana-mana. Dia bukan tinggalkan aku. Aku yang lari daripada rumah. Aku yang melupakan-Nya. Padahal Dia senantiasa hadir setiap saat.

"Sungguh, Kami telah ciptakan manusia dan Kami tahu apa yang dibisikkan hatinya kepadanya. Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." 

Inilah firman Allah yang buat aku rasa diri ini hipokrit.

Selama ini, kini dan selamanya karenah dunia buat aku menderita. Kerana aku salah dalam meletakkan prioriti hidup. Acapkali sesuatu yang dicintai menjadi sebab ujian daripada Allah. Sebab itulah Allah kata bersederhanalah. Cintailah sesuatu berpada-pada.

Bila Allah uji dengannya, mungkin aku tidak terlalu menderita. Tidak teraba-raba untuk mencari jalan pulang. Memang susah untuk rasa bercinta dengan Allah. Cinta Dia hanya akan hadir melalui mujahadah.
"Allah....Sedarkanlah aku akan kebutaan aku memandang dunia sekalipun Engkau telah tunjukkan jalan, jangan Kau biar aku hanyut dalam perjuangan hidup yang tiada makna. Sungguh, apalah erti perjuangan ini tanpa-Mu."

sayang anak ummi
 Ragam Nur Amni Syibrah yang membesar.....

hai ummi

ummi nak apple ni....

lama lagi ke ummi

besar dah anak ummi


comeiiiii

Seronok pergi cuci gigi di clinic Chua kt subang Parade....tp di cuci oleh Dr. Ain...selaku bekas nurse di situ jugak sebelum ni....Thank Dr. Ain...ingat kisah lama masa jadi nurse di klinik ni....

Saturday, April 14, 2012

Balik perlis.....& sepupu kawin..

Pengantin bergambar dengan sepupu2nya.....

pengantin bergambar ngn sepupu2nya.
bersama pengantin....sama baju kan...


fatihah dan sepupunya nisa'




    
                


 Syibrah gelak

amni dan walid

amni dan bussaini





Monday, March 26, 2012

birthday Syibrah

Alhamdulillah...dah setahun puteriku..





 

Inilah ragam Amni Syibrah ketika majlis berlangsung....


 


 masa ni tengah siap2 la dia buat perangai..mengamuk aje...x sempat nk ikat rambut ....geram la ummi masa ni.....

 kek birthday Syibrah.....



ni hadiah yang Syibrah dapat...terima kasih kepada yang memberi hadiah....

Wednesday, February 29, 2012

Hati yang sekeping

Kenapa Allah kurniakan hati dan jantung kita ‘single’ bukan berpasangan?hati ini memerlukan pelengkap.mencari cebisan untuk dicantum suoaya dilengkapkan.tetapi apabila hati yang satu itu dilukai dan digores susah untuk di’repair’ dan dijahit kembali.even dijahit dan diplaster sekalipun ia tetap meninggalkan parut.parut yang akan kekal sampai bila-bila.

kita menyayangi seseorang bukan minta untuk dibalas sayang.bukan minta untuk dihamparkan karpet kasih dan sayang seluas-luasnya.bukan untuk ditimbuni dengan dengan haruman mawadah yang menenggelami kita.tapi kita menyayangi seseorang kerana Allah telah kurniakan kita perasaan sayang itu dan apabila Allah telah tiupkan rasa sayang itu tak siapa mampu lari dari terkena ‘spell’ yang maha dasyat itu…

hati ini menulis..

kenapa mesti begini jadinya?dimanakah silapnya.kasih sayang disalah ertikan.disalah tafsirkan.dibiarkan sambil lalu…tidak dihargai.tidak disambut.aku jadi buntu.jadi keliru.apakah gunanya Allah kurniakan persaan sebegitu..bukan untuk kebaikan..tapi bertambah jurang..bertambah jauh.kenapa ya Allah kau uji hati ini begini?

hati ini menangis..

pernah hati ini terguris.diguris oleh mereka yang kita sayang.sayang tidak dihargai.rasa macam apa yang diberi tidak dihargai.aku pegang pada kata hati “kalau kita rasa benda tu menyakitkan, jangan lakukan untuk orang lain..sebab orang lain akan rasai kesakitan yang sama dengan kita.mereka juga punyai hati dan perasaan.namun ada yang tidak memahami…
ya Allah..Kau uji lagi hati ini..aku tahu Kau uji hati ini supaya aku diberikan kekuatan di masa depan.sebelum aku dapat kasih sayang yang penuh erti Kau uji aku dengan insan yang kurang menghargai…supaya aku tahu betapa mahalnya harga sebuah sayang untuk mereka yang tahu merasa dan menilai.


wahai hati…

menangislah..kerana Allah tidak akan uji manusia bukan atas dasar kesanggupan.kita meminta sayang..Allah berikan kita orang yang bermasalah untuk diselamatkan dan disayangi..teguhkanlah pendirian..walaupun ia sakit.sabarlah walaupun ia memenatkan..sayanglah mereka yang menyayangi anda!

moga hati ini diberikan kekuatan untuk menyayangi dan memberikan sayang lagi…

Mengubat hati terluka.......


Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.

7. Hati Mesti 'Keras'

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.

Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.