Sila Klik...
Saturday, March 19, 2011
Hari Guru 2010
Ni la sambutan hari Guru yang paling seronok......aktiviti dengan pelajar.........
ni la 5 orang guru yang menyertai dalam pertandingan makeupkan guru....cuba teka...saper pemenangnya...hehehehe....
Pelajar lelaki plak buat kat dewan bawah....ni main kerusi beracun ni.......seronoknyer mereka....
jenjejeng......ni la pemenangnya......the winner....hehehe..cantik x pakaian ku ini.....
Di Sekolah
Ni la Sekolahku...Pejam celik dah 5 tahun menjadi guru di
sini.........Di sinilah perjalanan hidup ku.....
ni la tempat dudukku.....kemas x?
bilik guru muallimah ader dua..ni adalah salah satunya...
Perjalan Waktu cuti ku.....
Minggu ni minggu yang paling penat……biasalah cuti sekolah jer aku mesti masuk kelas…….walau macam mana pun ia tetap seronok………….
Bersama kak yati ni......
ni Mizaliza dan Ecah....
ni masa boring2 dalam kuliah....pensyarah belum sampai lagi........kelas kami la paling ramai....aku mengambil kursus dalam bidangPerguruan Pengajian islam...kiranya semua kat sini para-para ustazah la.......hehehe....
Tuesday, February 22, 2011
Sudah bersediakah Kita untuk Mati??
Ada banyak perkara dan dalam banyak situasi yang menyebabkan anggota kita berbuat dosa. Kita sendiri pun dah tahu tapi masih kita buat juga kerana nafsu mengatasi akal. Iblis ketawa. Jika itulah kita, maka eloklah kita berdoa mohon Allah panjangkan umur, beribadat dan mula menjaga anggota badan kita. Mudah2an suatu waktu yang terdekat ini kita dapat merasakan Allah telah mengasihi kita.
Ketika itu mungkin kita dapat menjawab
" Ya, saya memang dah bersedia untuk mati" .
Diriku & Suami......
Aku dan Suami tercinta............
Sewaktu persandinganku…Di kuantan Pahang……Romantik gitu…………
Di kampong Suami.... masa ni……Kat tepi pantai……
Ni masa hanoymoon la………
Waktu-waktu mustajab untuk berdoa...
1. Ketika hujan.
2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)
4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6. Ketika sujud dalam solat.
7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9. Sepanjang hari Jumaat.
Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.
Subscribe to:
Posts (Atom)













